Nov 7, 2010

Kenapa Merajuk

Topik ini tentu sekali akan buat ramai kaum wanita merasa bengang dan tidak bersetuju tetapi merasakan topik ini perlu dipertengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.

Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, dapat meringkaskannya kepada tiga.

  1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
  2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
  3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka
Jadi, bagaimana caranya untuk memujuk?

Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.

1. Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.

2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan.
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

4. Dendangkan lagu untuk si dia.
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama - sama anda!

Note: Kadang2 saya pun sangat suka merajuk...angin lintang selalu datang...huhuhu...sgt kesian ngan en somi...tp en somi tetap pujuk dengan sabar...time kasih bbyk sayang

Share Care Love

0 comments:

Post a Comment